Sunday, May 31, 2009

MAJALAH HOI... MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG 2009

EDISI PERPISAHAN DAN POS TERPANJANG SETAKAT INI (BAHAGIAN I)

Selamat buat kedua-duanya yang akan meninggalkan CMU dan juga LGM. Jangan lupa kami semua di sini. SS kini menjawat jawatan penolong pengurus SPKT manakala Faris yang baru dua bulan bersama kami akan menjawat jawatan penolong pengarah di Jabatan Perhutanan. Tahniah buat kedua-duanya

Cover paling mahal setakat ni, setanding National Geographic...garangnya
EKSKLUSIF : MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG

Bukan selalu kami dapat bersama. Dalam tempoh seminggu, MAAG dan SN merancang untuk mengadakan satu makan malam santai yang dinamakan oleh MAAG, Malam Bulan di pagar Bintang. MAAG ada visi yang mana semua geng CMU berkumpul di satu tempat terbuka mendengar lagu-lagu klasik P Ramlee dan ‘lounge music’ yang lain sambil berbual-bual ringan tanpa melibatkan hal-hal kerja. Ia kedengaran seperti aktiviti aristocrat Inggeriss pada malam musim panas di tanah Malaya yang nyata classy and sophisticated. Sebenarnya, perancangan dah lama (refer pos blog dolu-dolu), tapi kena hold sebab masa tu GSS, MSM dan SS tak comfirm. Lepas tu SN lak ke Indonesia. Sebenarnya bagi kami semua, tiada masa yang sebenarnya ‘sesuai’. Justeru maafkanlah MAAG yang terpaksa memaksa kalian yang lain datang dengan apa jua cara pun termasuklah sms yang bertalu-talu tak kira pagi, petang, siang malam dan jua mana-mana kata dua e.g ‘awak pilih,saya ke dia?’(Ewaah!). Tapi, sungguh. Maafkanlah dia. Anda semua tak tahu, betapa tinggi harapan untuk melihat CMU officers berkumpul oleh MAAG. MAAG tidak memilih tempat yang jauh, sebaliknya di Pejabat CMU itu sendiri. Cuma, bagi nampak kelainan, venue tersebut adalah kawasan terbuka berketinggian 300 cm dari atas tanah yang MAAG namakan ‘The Rooftop’ sebab ia adalah sebenarnya bumbung bilik gerakan. Untuk makluman, MAAG sebelum comfirm dulu biasanya balik lewat. Jadi kalau stress, dia akan naik ke rooftop untuk melihat bintang dan bulan dan selalunya pemandangan daripada rooftop memang tidak menghampakan. Ada ketenangan di situ. Jadi, aktiviti petang tu dimulakan dengan latihan nyanyian oleh MSM. Kemudian menyiapkan meja. Terima kasih MSM,SS dan MHM kerana membantu. Meja disiapkan oleh MAAG dan tisu bentuk teratai tu pula dilipat oleh GSS dan idenya daripada MAAG. Nurmi takut nak ambik tisu tu sebab nampak over sangat. Susunan muzik adalah daripada MAAG.Gift pula disponsor oleh SN dan MAAG. Makanan untuk dipanggang telah disediakan dengan bantuan SN dan suami tercinta (Hairul). Terima kasih banyak-banyak.Kek pula disponsor oleh MAAG dan GSS (kek comfirm dia). Nurmi pun ada bawa kek juga. Selepas Maghrib, kami mula membakar ayam. GSS pula bakar makanan veggie dia tapi turn out tempe GSS sangat sedap . Share le resepi dalam blog. Memang tak pernah makan tempe yang dimasak begitu istimewa. MAA memaklumkan yang dia ada hal dalam 8.30 malam, jadi program terus dimulakan tanpa agenda tapi ada idea. Mula-mula sekali adalah sedikit ucapan daripada MAAG dan pemberian cenderamata kepada SS sebab dia akan bertukar unit. MAA dijemput untuk memberikan cenderamata tersebut. Acara malam tu turut ada cabutan bertuah, bertuahnya Hairul!. MAA juga bagi hadiah tu. Lepas tu, GSS telah bersusah payah buat slaid tribute untuk SS. Melihat kepada perjalanan slaid tersebut, SS memang banyak kenangan dengan kami. Hampir kesemua gambar tu membangkitkan nostalgia bebudak CMU. Dan slaid yang last sekali adalah gambar pin-up poster MAJALAH HOI bulan Jun dengan aksi gerun SS. Seterusnya, adalah perasmian blog. Tak susah, kami potong kek jer dan terus melancarkan cover pin up MAJALAH HOI dengan muka SS yang gerun tu sekali lagi dan juga Faris. Bagi memeriahkan acara malam tersebut, ada juga live music. MSM telah dengan sportingnya untuk nyanyi lagu ‘Kau Ilhamku’. Kemudian disusuli pula oleh ‘Wonderful Tonight’ duet dengan Nurmi bersama-sama petikan gitar yang tak seberapa daripada MAAG.MAA kemudiaannya minta diri, tapi berbanyak terima kasih MAA kerana sudi juga meluangkan masa. We love you very much! Wish you can stay longer tapi bagi MAAG, kemunculanmu amat bermakna. The rest of the night kami makan ler…apa lagi. Berikut adalah foto-foto majlis tersebut. Terima kasih Hairul, MHM, SS, MSM dan GSS yang tolong ambik gambar, you are the best!

HARI SIANGNYA (GOTONG ROYONG)



Kalau yer stress pun, jangan lah sampai nak terjun bangunan

Ada ker bulan malam ni?
BILA MALAM BERLABUH

Kan dah kata... bila malam jer... cannntiikkk



Bulan yang muncul nyata mengindahkan suasana malam. Tapi bintang tak der lah...


Geng masak-memasak, tolak yang sorang baju biru tuh.


HADIAH DARI HATI (BUAT SS)



Bak kata Datuk Siti 'Terima kasih kerana mengundi...' (tak kena mengena pun...)

CABUTAN BERTUAH

Hairul yang menang cabutan bertuah (Psst... hadiah cabutan bertuah tu daripada bini dia lah...allright)

TRIBUTE TO SALIHIN
I nak tunjuk gambar Elizebeth Wong nih...eh bukan... SS jer...


Priceless bila tengok SS begini...
Slide last ni memang buat semua orang meremang...termasuklah batang-batang mop yang banyak tersangkut dekat toilet CMU yang Mariyah (TOT) claim hantu.

PERASMIAN CMUOFFICERS BLOG
Kek CMU blog


UNPLUGGED
Gambar paling best setakat ni yang memang capture mood pada malam tu. Langit Sg. Buloh dan bayangan pokok getah memberikan mood misteri dan romantis. Gambar diambil oleh MHM


GSS mengenakan busana T-shirt rona merah daripada Tom Ford dan seluar daripada Alfred Dunhill manakala MAA pula memilih Tom Abang Saufi. Rambut oleh LOREAL esp. GSS... yelah tu!
Mamat mana yang enterframe tu, nak tumbuk jer...


Duet

SATU-SATUNYA PASANGAN ROMANTIS MALAM TU

MAKAN-MAKAN



Kek 'GSS Comfirmation taste sweet with mango and white chocolate'


MHM tengah melantak


Ayam ni perasa strawberry...
Ayam ni rasa lolipop plak...
AKSI-AKSI MENGANCAM


SS ada pilihan lain sekiranya bukan di LGM. Dengan kaki yang panjang dan mengiurkan, di boleh berjaya dan berpotensi dipentas runway sama ada di Milan, NYC, Tokyo mahupun Hong Kong







Aku bagi plastik sampah tu suruh nko guna! yang nko pergi buang tisu merata tu kenapa? Bukan ada orang lain yang nak kemas nanti ni! Ha nah...ambik nko!


Ha... dengan cara ini, masalah tisu tadi dapat dikawal...

Aksi funky monkey 1
Aksi funky monkey 2
Boys will always be boys

Gadis disebalik Bourganvilla

SEPATUTNYA MALAM TU…


Kami nak buat video conference dengan MAYA tapi sebab tak menang tangan, tak dapat buat. MAYA ada sms malam tu, tapi balik rumah baru MAAG baca sms. Sorry MAYA.

Photoshoot untuk unit tak ada. Mungkin lain kali kita arrange lagi. Harap member-member masih sporting

SS nyanyi lagu Yuna, Dan Sebenarnya. Tapi sebab MAAG tak sempat praktis. Terpaksalah batal

Faris nak datang. Last minute dia terpaksa balik Kedah



KOLOKIUM

Minggu ini dua orang bebudak CMU dan alumni CMU akan membentangkan kolokium mereka. Yang satu tu , budak cover blog. Dan yang satu lagi tu budak yang kedua kalinya kolokium di LGM. Begini lah nasib (tona sedih dan pilu), tapi tak pa. Aku redha. Aku akan cuba sebaik mungkin menjalankan tugas aku. Tak pelah nanti aku nak cari kiub transformers tu dan aku akan bertukar jadi robot nak lawan MEGATrone dan bagi semua bebudak dekat admin tu (esp. UPSM) penerajang manja aku yang mampu mengubah mereka semua menjadi karakter my little pony yang kemudian aku paksa makan rumput israel atau nama saintifiknya Asystasia intrusa di campur sedikit dengan Paspalum conjagatum. Disebabkan malnutrisi, mereka semua akan berubah menjadi Llama yang suka meludah merata-rata dan dibuang negara ke pergunungan Machu Picchu untuk diburu oleh orang Peru. Suka menyusahkan orang, biasa dia tuh…

2 comments:

DrMaya said...

waaahhhh....dah berpoya2 sakan lupa aku, penat aku tunggu org tu janji nak video conference tau! mintak ID pun tak berjawab...maklumler dah kenyang melantak ayam lolipop lah strawberry la..hinks3x!

@SN: makin berisi...dah berisi yer?
@MAA: lama tak nampak...windu larr, windu nak gaduh wahaha
@Ludin&Nurmi: dah konpem yerk?? uppss! ini bkn gossip
@Nurmi: manis bertudung
@Lihin: dah jadi pen.pengarah makan banyak skit biar lebih berisi
@Abe Goh: Nanti masak tempe bakar u I atek..jangan dok boroi sengsorang
@Abai: Wah2...ko makin melotup!

vanilla said...

Diam- diam ubi tu memeng la berisi Cik Maya...