Tuesday, May 19, 2009

What say u.

Setelah menghayati hasil karya kekawan SOA terkini, mari kita bercambah minda bersama-sama:
1. Frasa kata “You muda lagi, I dulu 15 tahun baru naik/You banyak masa lagi kat LGM ni, sabar le sikit” membawa maksud
A. Purata umur rakyat Malaysia telah meningkat
B. ‘Don’t work too hard, nobody notices anyway’
C. Orang tua-tua kurang daya untuk bersaing
D. Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu

2. Mengapakah SOALGM mengalami “mid-life crisis”?
A. Diterajui orang “berumur”
B. AJK telah dipilih secara “paksa-rela”
C. Suka syok sendiri
D. Tiada lagi keistimewaan boleh diperolehi untuk sebarang jawatan

3. Perasaan “sungguh mengecewakan” membara akibat daripada
A. Hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan
B. Impresi daripada cinta yang teramat dalam terhadap organisasi
C. Tiada sokongan daripada ahli “anti-sosial”
D. Rasa pedih cuping telinga

4. Apakah yang dimaksudkan dengan “Salah gaya nanti kena spray dengan Ridsect”?
A. Tidak perlu diperbincangkan kerana banyak kesalahan tatabahasa (bahasa rojak)
B. “Ridsect” penyembur terbaik
C. Banyak nyamuk yang telah mutasi dalam SOA
D. Penulis seorang peminat Ridsect

5. “Moral” di sebalik luahan hati penyunting ialah
A. Buat kerja perlu sukarela; kalau tidak, pedih hatinya
B. Hati boleh ditenangkan dengan berkarya di dalam NLSOALGM
C. Rangsangan adrenalin dapat dipergiatkan apabila membaca NLSOALGM
D. Bercakap tak boleh sebarangan, tulis boleh mengikut naluri

No comments: