Thursday, May 21, 2009

MAJALAH HOI

DR RAMLI DIMASUKKAN DI HOSPITAL

Dr Ramli telah dimasukkan dihospital semalam dan sehingga kini masih lagi ditahan di HUKM. MAA, MAAG, SN dan SS telah berkesempatan melawat Dr Ramli tengah hari tadi. Dimaklumkan yang Dr Ramli telah diserang minor stroke. Semasa kami di sana Dr Ramli tengah ditemani isterinya. Abangnya dan saudaranya turut berada di sana. Melihat Dr Ramli, terasa juga sedih dan kepayahannya. Tapi abang Dr Ramli telah menceriakan suasana. Betul juga cakap dia, orang yang melawat orang sakit, jangan tunjukkan perasaan sedih tu sangat. Nanti moral pesakit akan jatuh. Tapi Dr Ramli pun macam bersemangat tengok kami datang melawat dia . Rancak juga dia bercerita. Kami pula datang bawa salad daripada KFC yang mana dia claim kami bagi dia makan rumput jer. However, menyaksikan Dr Ramli dengan penuh bersungguh menghabiskan salad tu, macam satu kepuasan juga kepada kami. Wife Dr Ramli pula kata, salad tu elok untuk senaman ‘muscle ‘ muka Dr Ramli yang nampak kerasnya. Kami amat berharap dan mendoakan Dr Ramli agar segera sembuh. Insya Allah. Di hujung pertemuan Dr Ramli ada tinggalkan ‘riddle ‘ dekat kami semua dan satu soalan kepada SS… “ Ada dapat surat tak?”

SURAT BUAT SS

Adakah benar SS akan memikul satu tanggungjawab yang besar? Adakah benar SS akan keluar daripada UPT dan menyertai unit yang lain? Persoalan itu mungkin dapat dijawab dengan hanya sekeping surat. Mungkin minggu ini atau minggu hadapan, surat itu akan diserahkan kepada empunya diri. Kami hanya dapat mendoakan yang SS redha dan buat sehabis baik untuk comfirmationnya dahulu. Apa yang datang kemudiannya, kita fikir kemudian.

1 comment:

DrMaya said...

Rambo masuk spital? semoga dia cepat2 baik dan buleh kuar spital..salam takziah..kalo berkesempatan kim salam dan tanya dia bila nak mai OZ??? kata dulu nak mai....apa pun biar sihat dulu :)