Thursday, May 21, 2009

STRIKE A POSE...VOGUE

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu sebab hari ini merupakan hari di mana semua officer CMU akan mendapat kamera DSLR sorang satu. Insya-Allah. Jadi bermulalah episode baru bagi pegawai-pegawai CMU dan ada yang telah berangan-angan nak jadi photographer pulak! Anyway, SS ada mencadangkan yang kita mengambil gambar unit terutama sekali gambar officer. Based on request, disini disertakan cadangan shot yang boleh kita gunakan diinspirasikan daripada gambar-gambar yang telah diambil oleh Annie Leibovitz yang merupakan seorang jurugambar selebriti Hollywood yang terkenal. Sebabnya, kalau boleh gambar kita jangan ler tipikal sangat e.g. macam gambar baru lepas habis kursus. BTW, Annie telah menghasilkan banyak gambar-gambar yang menarik dikalangan subjeknya , antara gambar yang glamer ialah gambar Yoko Ono dan John Lennon (yang tragiknya selepas gambar tersebut diambil, malamnya John Lenon telah ditembak mati diluar rumahnya pada 1980), Queen Elizabeth, Roger Federer, promo untuk Disneyland, Rolling Stones (the mag), Vanity Fair dan banyak lagi. Gambar-gambar Annie juga telah dipamerkan dikebanyakan galeri serata dunia dan turut dibukukan. Kekuatan Annie ialah dia dapat ‘capture’ personality seseorang melalui gambar-gambarnya dengan subjek potret. Tetapi Annie Leibovitz bukanlah satu-satunya jurugambar yang terbaik dan beliau nampaknya lebih menjurus kepada gambar yang melibatkan selebriti. Nanti akan diperkenalkan lagi kepada jurugambar terkenal yang lain yang banyak mengambil gambar di lapangan yang subjek mereka terdiri daripada flora dan fauna dan juga aktiviti kehidupan seharian manusia.








Hollywood 'A' lists

Queen E


Mikhail Gorbachove for Louis Vuitton
Sean Connery for Louis Vuitton add

Vanity Fair Mag Cover

Roger Federrer for Disney

No comments: