Thursday, September 17, 2009

SAMPAIKAN HARI RAYA CMU OFFICERS' BLOG 2009

Selamat hari raya Aidilfitri. Mohon dimaafkan segala salah dan silap sama ada pada perbuatan dan percakapan. Harapan dengan berlalunya bulan yang baik ini, diberkati segala amalan dan diberikan kebahagiaan yang kekal berpanjangan.



Setiap yang datang akn pergi jua, setiap yg pergi x akn kembali jua..huhu..dikesempatan ini (ayat standard) ku susun sepuluh journal (ayat da edit) memohon ampun dan maaf jika terslah grammar, terlupa past tense, terlepas kata-kata yg tersalah vocab nyer..harap diampun...lupekan sebentar quaterly report..yg pntng kite raye dulu..renung-renungkn, selamat beraye!!


Untuk semua warga kerja UPT dan mereka yang mengenali diri ini, ikhlas dari MFK;

“Dalam kerendahan hati, terserlah ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan harta, hidup ini indah jika segala-galanya kerana ALLAH. MFK mohon maaf di atas lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan sikap-sikap yang pernah menyakitkan…SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.. berhati-hati dijalan raya…..

Salam lebaran diucapkan kepada semua warga blog. Syukur kita kepadaNya kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meraih kemeriahan Aidilfitri tahun ini. Walau dimana sekali pun kita beraya... (buat yang jauh di negara orang tu terutamanya..hehe), semoga semuanya berada di dalam keadaan aman sejahtera, tidak membazir, dan have a safe journey. Yang paling penting, orang tua kita jangan dilupa ye. Akhir kata, minta maaf salah silap saya pada semua dan salam lebaran dari kami sekeluarga... Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Ikhlas: Hashima, Cikgu Najib, Najmi & Najwan




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN diucapkan kepada semua warga blog, UPT dan seangkatan dengannya. Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas segala kesilapan yang sengaja mahupun yang tidak disedari (esp yang disengajakan). Semoga KERAYAAN tahun ini membawa sejuta kebaikan dan limpahan kerahmatan kepada kita semua. Akhir kata, semua ikatan ukhuwah yang telah terjalin kekal terpelihara selamanya........

Assalamualaikum wbt…

Kawan-kawan Sempena hari raya yang menjelang tiba ini, kami bertiga ingin menyusun jari memohon maaf jika ada tersalah kata, perbuatan dan ape-ape aje yang terambik hati, jantung, buah pinggang, paru-paru ke…maapkan yer…bagi yang ingin memandu pulang ke kampong, hati-hati di jalan raya..biar lembap asal selamat sampai…yeh..yeh..raye…

PANTUN KAMI

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Kuala Lumpur, Kedah dan Melaka,
Tempat kelahiran kami bertiga,
Ramadhan pergi syawal menjelma,
Salam lebaran untuk semua.

Sir lump mad hurry rare year ideal fit tree moo lee year, ma half za hair ba teen…heh



Buat semua kenalan dan pengunjung blog baik di Malaysia mahupun diluar negara (macam glamer sangat lah pulak), Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga Syawal kali ini disambut dengan sederhana sebab tak dapat bonus....

Wednesday, September 9, 2009

MAJALAH HOI



TABLE FOR SIX (THE PIZZA, THE FLYING MAYONNAISE AND A BROKEN BOWL)

Yesterday, five of us were together at Pizza Hut in Kota Damansara to have 'makan-makan' together with Ong before he leave to UK in furthering his study. When we arrived, most of the table were not ready yet and the workers were still busy clearing the area. So, we have to sat near the salad area which is not a choice for me as my weight can be an issue whenever there is salad nearby (thank god, the weight issue was only asked to GSS). Anyway that is not important! We certainly have a good time last night. We had a long chat while eating our Pizza with chicken soup and tobassco sauce. To Ong, good luck in UK. Suprisingly, he did not know what is Harrods (do not confuse with Harrison in Jalan Tuanku, itu tempat jual langsir). However, hope our little celebration can inspire and motivate him to work hard in his study and when he come back, more high yield clones can be produced. As far as the flying mayonnais and the broken bowl were concerned, it was due to few tired waiter/waitress that still have not had their 'buka puasa' yet. So, they were a little bit clumsy. But last night, mayonnaise did flew... right on our table. Here are the photos taken from last night:








We are trying our best to look attaractive in this photo. I beliefe the term is 'photogenic'

ADA APA DENGAN 260?

Nombor 260 tiada kena mengena dengan Blok 404. Ia juga tidak terletak di Elm Street. Tapi itulah nombor bangunan yang menjadi kebanggan kita dan tersenarai sebagai salah satu daripada tapak warisan dunia UNESCO...eh bukan, itu Penang ngan Melaka. Whatever it is, mungkin ada yang dah tahu mengenai hal mistik yang berlaku terutama mereka yang keja kat sana lah. Jadi, eksklusif di CMU officers' blog dan bersempena ngan bulan puasa ni, ini yang anda perlu tahu tentang 260, apa -apa pun JANGAN PERGI BELAKANG 260 sebab tak ada apa-apa pun...

KISAH TAKUT 1

Bulan puasa, syaitan kena ikat. Tapi ini yang bebudak CMU baru tahu. What to do, cerita ajalah. Dikhabarkan yang beberapa orang ada menjumpai bola-bola api pada waktu malam di 260. Ada yang kata nampak dekat surau (surau?). Tempat-tempat lain tak cakap pulak. Ada orang LGM juga beritahu yang bila lalu dihadapan bangunan 260 pada waktu malam rasa lain macam aje. Rasa lain macam? Perlu dicakapkan orang yang cakap ni duduk dalam kereta dia jer sebab nak balik kerja daripada BGA. Harap-harap, bola-bola api tu bukan perbuatan Achik Spin ngan Nana yang datang ke 260 sambil menyanyikan lagu 'Paling Comel', tree...four.. bola bola api...

"Kami tak bersalah," kata Achik Spin dan Nana

KISAH TAKUT 2

Turut diceritakan yang wujudnya ular di 260. Spesis tak pasti tapi daripada jenis sawa agaknya. Dan ular ini sangat besar dan boleh dijumpai di stor UKSK hinggalah area makmal UPB. Apa yang menghairankan bagaimana ular tersebut boleh survive kat KL dan apa yang dia makan dekat 260 tu yang menyebabkan ia menjadi besar. Bukan ada arnab, ayam mahupun kambing di 260 dan statistik orang hilang di 260 setakat ini tiada lagi, orang berhenti kerja mungkin ada. Jadi apa yang pasti, bila anda ke 260, SELALU PANDANG BELAKANG...

P/s: Kalau kita kreatif , kita ubah 260 tu siang jadi zoo malam jadi rumah hantu. Boleh jugak buat duit...

KISAH TAKUT 3

Ini pula di Sg. Buloh, dikatakan yang disini wujudnya toyol. Sahih ke tak? tak pasti tapi apa yang pasti salah seorang kakitangan CMU tidak dapat menjalankan kerja luar disebabkan rumahnya berhampiran dengan rumah bomoh dan bomoh tersebut sangatlah femes yang menyebabkan ramai orang luar masuk bagi memohon bantuannya. Hmm...cabaran bagi Kapten yang baru di Sg Buloh.

P/s: Takut pada Allah

Monday, September 7, 2009

UCAPAN HARI RAYA CMU OFFICERS' BLOG

Hari raya makin hampir, jesteru CMU officers' blog memberi peluang kepada sesapa sekalipun untuk memberikan ucapan hari raya di dalam blog ini. Tak kisah lah sekiranya anda adalah CMU officers' sendiri, mahupun pembaca blog ini daripada dalam mahupun luar negara. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan menghantar 'gambar raya ' terbaik anda ke alamat abaineo231181@hotmail.com bersama-sama ucapan raya anda. Yang lainnya, serahkan kepada kami untuk buat kerja-kerja editing dan sebagainya. Kalau boleh, gambar biar glamer. Budak-budak CMU yg tak hantar, nahas korang (yer...ini memang paksa). Sebelum malam raya, Insya Allah semua akan dipaparkan. Cepat...jangan lambat...bersama meriahkan hari raya anda dengan CMU Officers' blog.

P/s: Elakkan daripada menggunakan pantun-pantun sekolah rendah dalam ucapan anda seperti pecah kaca, pecah gelas mahupun pecah kaca, pecah tong...