Thursday, September 17, 2009

SAMPAIKAN HARI RAYA CMU OFFICERS' BLOG 2009

Selamat hari raya Aidilfitri. Mohon dimaafkan segala salah dan silap sama ada pada perbuatan dan percakapan. Harapan dengan berlalunya bulan yang baik ini, diberkati segala amalan dan diberikan kebahagiaan yang kekal berpanjangan.



Setiap yang datang akn pergi jua, setiap yg pergi x akn kembali jua..huhu..dikesempatan ini (ayat standard) ku susun sepuluh journal (ayat da edit) memohon ampun dan maaf jika terslah grammar, terlupa past tense, terlepas kata-kata yg tersalah vocab nyer..harap diampun...lupekan sebentar quaterly report..yg pntng kite raye dulu..renung-renungkn, selamat beraye!!


Untuk semua warga kerja UPT dan mereka yang mengenali diri ini, ikhlas dari MFK;

“Dalam kerendahan hati, terserlah ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan harta, hidup ini indah jika segala-galanya kerana ALLAH. MFK mohon maaf di atas lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan sikap-sikap yang pernah menyakitkan…SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.. berhati-hati dijalan raya…..

Salam lebaran diucapkan kepada semua warga blog. Syukur kita kepadaNya kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meraih kemeriahan Aidilfitri tahun ini. Walau dimana sekali pun kita beraya... (buat yang jauh di negara orang tu terutamanya..hehe), semoga semuanya berada di dalam keadaan aman sejahtera, tidak membazir, dan have a safe journey. Yang paling penting, orang tua kita jangan dilupa ye. Akhir kata, minta maaf salah silap saya pada semua dan salam lebaran dari kami sekeluarga... Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Ikhlas: Hashima, Cikgu Najib, Najmi & Najwan




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN diucapkan kepada semua warga blog, UPT dan seangkatan dengannya. Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas segala kesilapan yang sengaja mahupun yang tidak disedari (esp yang disengajakan). Semoga KERAYAAN tahun ini membawa sejuta kebaikan dan limpahan kerahmatan kepada kita semua. Akhir kata, semua ikatan ukhuwah yang telah terjalin kekal terpelihara selamanya........

Assalamualaikum wbt…

Kawan-kawan Sempena hari raya yang menjelang tiba ini, kami bertiga ingin menyusun jari memohon maaf jika ada tersalah kata, perbuatan dan ape-ape aje yang terambik hati, jantung, buah pinggang, paru-paru ke…maapkan yer…bagi yang ingin memandu pulang ke kampong, hati-hati di jalan raya..biar lembap asal selamat sampai…yeh..yeh..raye…

PANTUN KAMI

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Kuala Lumpur, Kedah dan Melaka,
Tempat kelahiran kami bertiga,
Ramadhan pergi syawal menjelma,
Salam lebaran untuk semua.

Sir lump mad hurry rare year ideal fit tree moo lee year, ma half za hair ba teen…heh



Buat semua kenalan dan pengunjung blog baik di Malaysia mahupun diluar negara (macam glamer sangat lah pulak), Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga Syawal kali ini disambut dengan sederhana sebab tak dapat bonus....

No comments: