Tuesday, May 26, 2009

ME...WATCHING DRAG...

Jangan tak caya, gambar nih aku ambik nih.

Drag race ler... citenye mula begini. Malam Jumaat hari tu, sewaktu pulang daripada bersuka ria dengan member-member tapi masih ingat dunia dan akhirat, keta aku yang dah nak mereput tu tetiba mati enjinnya di tengah jalan. Kenapa lak ni? Dah lah malam lak tu. Aku terus buat keputusan untuk call brother http://www.bengkelkita.com/ untuk minta tolong datang. Lepas tu aku call lak Fairuz untuk datang jugak. Jadi dua-dua pun sampai ngan Ridzuwan sekali. Rupa-rupanya keta aku tak ada air. Tu ler, samdol sangat pasal keta. Tahu bawak jer. Tapi tak serius sangat dan boleh gerak lagi. Masa tengah repair tu ler brother bengkel kita tu tanya, " Tak gi tengok dragrace ke?" aku tanya balik,"Dekat mana?". Rupanya ada lumba keta dekat Sepang hari Sabtu. Jadi, hari Sabtu tuh, aku tak ada buat apa, aku ajak ler Fairuz ngan Ridzuwan tengok sekali. Kita orang gi jam 9.30 malam. Sampai Sepang, ok jer. Tapi nak cari enterence dia punyalah susah. Ntah kebun kelapa sawit mana yang kami masuk pun tak tahu. Dah lah gelap geliter. Lastly aku ambik keputusan untuk ikut arah cahaya (follow the light), Alhamdullilah, jumpe juga akhirnya dan dapat lah nengok dragrace. Macam-macam keta ada... Honda, Kancil, Gen-2, Saga sumanya dah modified (dalam macam-macam tu Volvo tak ada lak...heh...heh...). Ada keta tu yang innocent jer, nampak baik jer, keta macam keta-keta pergi ofis, keta ambik awek tapi bila press enjin. Mak datuk, nenek, moyang, piut miut... bingit! Aku rasa lah orang jenis ni memang jenis yang sukar diduga. Ni awek pun nangis sambil nyanyi lagu Yuna sebab pakwe dia ada keta macam tuh. Lain-lain yang boleh nengok sport rim yang besar gedabak, masa racing minyak bocor, keta yang gaya macam nak memecahkan rekod 10 saat untuk 400 m tapi keta aku yang nak mereput tu lagi laju daripada dia. Habis event dalam pukul 3.30 pagi. On the way balik, aku borak-borak dengan Fairuz ngan Ridzuwan dan aku bukak topik hantu di jalanraya. Tak semena-mena keta aku terberhenti sebelum sampai airport Subang. Bila check-check, tak ada apa. Bila start balik keta OK jer. Lepas tu aku tak bukak mulut dah...

Aksi memotong yang Ridzuwan cuba nak ambik gambarnye

No comments: