Saturday, June 13, 2009

MAJALAH HOI

EDISI PERPISAHAN DAN POS TERPANJANG SETAKAT INI (BAHAGIAN 2)

Ah...ramai yang menanti Bahagian 2 ni. Lambat sikit pos bukan sebab apa, banyak perkara yang mendatang. Last week MAAG telah buat kedua kalinya memenuhi tuntutan UPSM untuk buat kolokium dalam tempoh empat tahun. So, kalau dihitung-hitung, dua kali setahun buat kolokium lah gamaknya (gelengkan kepala anda dan beristigfar bersama-sama jika anda rasa tak adil, kepada GSS tak yah buat) dan tajuk yang dipilih adalah "Young Scientist: Rising to R&D Challanges". Tak apalah, kita buat, tapi lepas ni kalau kursus yang harganya RM 1000 ke atas, baik fikir dulu. Untuk bahagian 2 ni, kita akan memberikan pendedahan dan terjah mengenai beberapa isu yang melibatkan pegawai Q41 yang telah meninggalkan kita di CMU dan beberapa gambar yang tak jadi tapi menarik daripada Malam Bulan di Pagar Bintang.

NASIHAT IVAN PAVLOV KEPADA SAINTIS MUDA
Masa menyediakan slaid untuk kolokium, terjumpa kata-kata nasihat daripada Ivan Pavlov daripada internet. Ivan Pavlov adalah merupakan seorang saintis daripada Russia. Eksperimennya yang paling terkenal adalah refleks automatik. Ivan menggunakan anjing, deringan loceng dan juga makanan bagi membuat kesimpulan yang kita ada tindak balas tanpa sedar setelah memerhatikan 'saliva' anjing tersebut yang terkumpul secara sendiri. Jadi sebelum Pavlov mati pada umur 87 tahun, dia telah menghantar surat pada 'Science' yang ditujukan khas kepada saintis muda di Russia. Banyak yang releven dengan kita. Jika free cuba baca...

P/s: Kalau officers LGM retired, ada ke yang nak bagi kata-kata nasihat pada saintis muda?


POS KOLOKIUM SS

SS boleh menarik nafas lega. Dengarnya ada pembetulan. Dengarnya ada argument mengenai objektif. Harap-harap keputusannya dapat diketahui. Tapi, SS minggu ini diminta hadir untuk buat pembetulan. Bunyi macam OK jer...

P/s: Ada dua orang officers yang kena present semula. Betul ke?


Saya (pause 3 minit) harap (pause 2 minit) saya (pause 1 minit)comfirm... (kah...kah...kah...jangan mare ekk)

EKSKLUSIF: HARI-HARI TERAKHIR SEORANG PEGAWAI PENYELIDIK

Dah agak 3 minggu dah Faris di tempat baru. Ini adalah gambar-gambar terakhir seorang pegawai penyelidik sebelum menjadi penolong pengarah... kellllasss


Tata..


Lambaian ala-ala pramugari @ best crew cabin MAS pada hari terakhir Faris


5 SOALAN NTAH APA-APA BUAT PENOLONG PENGARAH

So Faris dah bagitahu gambaran jujur dia mengenai LGM. Bercakap mengenai berhenti kerja, kita dekat sini, tak kisah sangat. Sebab kita yakin patah tumbuh hilang berganti. Tapi UPSM punyalah takut released data dekat bawah nih. Ini adalah salah satu daripada slaid kolokium MAAG. Kalau orang berhenti, rasanya bukan salah UPSM, dah orang ada percaturan hidup dia sendiri. Walau apapun thank you Azafi sebab bagi jugak data ni...katanya bimbang dengan kedudukan ketua UPSM.

P/s: Ada aku kesah!

LAGI GAMBAR-GAMBAR MALAM BULAN DIPAGAR BINTANG

Gambar-gambar ini ada yang terpaksa diedit dulu sebab ada yang pencahayaannya kurang kemas.




Cuba teka....ini gaya bibir Anita Sarawak ke? Angelina Jolie ke? atau Anita Mui?



WHO WANTS TO MARRY A MILLIONAIRE



Ada proposal yang datang kepada alumni CMU di seberang laut. Jika anda meminati lelaki kacuk macam ala-ala anak-anak Khan dan Syed ke? Kaya...tak tipu kaya sungguh nih. Hubungi kami disini dengan segera. Seorang jejaka kacukan Arab dan Pakistan sedang mencari pasangan sehidup semati. Memiliki beberapa buah syarikat (mungkin syarikat karpet kot) dan dengarnya sangat menghormati orang tua," Hei disana, disini nak tanya disana, ada orang disini yang nak dekat disana, disana macam mana?"

P/s: Artikel ini dibawakan khas oleh Chemigro

1 comment:

DrMaya said...

Wauuu!!! bang Goh hensem ler...rambut pacak2, kolar berdiri dgn background gitar...greng!greng!! Vokalis underground CMU eh?

Wesh! alumni CMU di seberang laut itu aku keh??? lama aku pikir sapa lagi sdg kat seberang laut selain aku????????????? Humm ada tak rupa ala2 serek khan ker, ritik ker, salamon khan ker?? muaaahhahaahha
proposal ini knp dihebohkan di sini? sungguh tdk manis..