Sunday, June 21, 2009

Cabaran Merantau ke Dunia Bukan Islam

Assalamualaikum semua!!!

Telah sekian lama guest autor dari down under tidak mencatatkan perjalanan hidup dan perjuangannya di kejauhan ini..ambo merasa terpanggil untuk berkongsi serba sedikit pahit manis merantau ke negeri orang. Bertitik tolak dari sms Cik Abang menanyakan pemberitaan ambo di blog "kesayangan" ramai ini (huh! perasan la tuh)

Sejak Khamis lepas perasaan ambo sangat sebal dan terganggu...nak tau kenapa? Sebabnya ambo dan rakan serumah ambo dari Vannuatu telah dipanggil untuk interview (berasingan) tentang "masalah" dalam "rumahtangga" ambo di Gatton Jaya ini.

Al-kisah ambo pun merasa kehairanan mengapa rakan ambo yang seorang lagi itu alias nenek local itu tidak datang dah 2 minggu. Kononnya dia lari dari rumah kerana tention dengan masalah rumahtangga kami. Masalah yang diclaim sebagai masalah itu adalah rupa2nya berikutan isu bawa balik sosej babi, penggunaan bathroom, basuh mop dalam singki bla bla...(anyway nenek ni sebenarnya selalu bikin masalah dan tention dengan sesiapa saja, waimo SVnya). Kalau dia tention kami semua akan pakat "lari" dari rumah. Kerana tidak tahan dengan bebelan dan makiannya.

Halah...perasaan ambo dan rakan Vannuatu sangat "disgusting" kerana masalah kecil yg telah pun diselasaikan sesama kami telah dilapor ke pihak accomodation. Dalam interview ambo ditanya tentang pendirian ambo kalau ada rakan non muslim nak makan ham. Dia seperti menduga ambo. Ambo berkata "Just please let me know, I'm not stopping you but I need to exclude my stuffs". "If talking about religion, I can explain but its up to you..". No matter what nenek ni kepercayaannya manusia berasal dari bakteria. Ada sesiapa atuknya nama Pseudomonas tak? Yang neneknya nama Stephylococus bacillus...Makanya berkat kejadian ini ambo telah diberi green light untuk memilih umah mana yang ambo suka. Kedengaran seperti discriminasi tetapi dalam hati ambo menjerit kegirangan. Jadi ambo memilih untuk duduk bersama rakan semuslim ambo dari Malaysia. Ambo turut berura2 untuk menyewa sendiri di luar. Tang ni, ambo akan termenung. Kalaulah aku ada laki....hehehe

Ini adalah sepalit kisah sahaja..rentetan dari ini ambo jadi terpanggil untuk mencatatkan banyak lagi pengalaman ambo sejak berada di sini. Kepada sesiapa yang nak ke obersi dan sangat menjaga agama dan budaya anda mungkin ini dapat menjadi sedikit panduan.

Solat:-

Senario 1

Ambo dan 10 rakan yang lain outing ke BNE dan singgah di satu gedung ternama di sini. Namanya Myer. Ambo dan rakan ambo macam biasa amik wudhu di toilet wanita. Kami mencari tempat yang sesuai untuk bersolat, jadi kami masuk ke Parents Room..dengan lagak toyo macam kambing sesat dalam kandang lembu. Tak semena2 rakan ambo dimarahi oleh seorang wanita tempatan yang sedang menetek babynya. Badannya sangat gemuk dan mukanya merah giler. "Please show your respect". Bebel dia...kami pun keluarlah. Sambil keluar kawan ambo kata "alah macam dia sorang ada tetek..aku pun ada tetek" haw haw haw...

Senario 2:-

Satu hari, ambo ke Grand Central, Toowoomba. Sedang ambo amik wudhuk di toilet wanita ada 2 kanak2 lelaki umur dalam 7-8 tahun. Salah seorangnya memandang ambo dengan jelek (memek mukanya itu). Dalam hati ambo berdoa.."Ya Allah semoga budak ni besar nanti Kau kurniakan dia hidayah".

Begitulah penghidupan kami kala mau solat bila outing. Kami akan membawa stoking dan botol air dalam beg. Jangan merasa hairan kalau local memandang pelik atau jelik kala anda mengisi air dalam botol sebelum melepaskan hajat.

Solat dimana2 saja tempat yang dianggap afdal..macam dlm bilik fitting (capailah selai dua pakaian buat berlakon walaupun sebenarnya tidak membeli), tengah2 padang, bawah pokok etc.

Kalau direnungkan, di Malaysia sendiri pun panorama ini sering berlaku. Di hotel2, PWTC etc toilet tidak berpaip, di LCCT surau dan toilet wanita cuma dibuka dari jam 7am-4.30pm. Alasannya mungkin bagi mengelak orang tidur atau neng yang "bertugas" malas kerja lebih. Jadi solat ambo pernah missed gara2 ini. Dalam bab ini saya sangat kagum dengan Airport Denpasar Bali, surau ada di serata corner dan di setiap level, tak pernah tutup. Waimo Bali majoritinya Hindu. Toilet kita berbayar tapi busuk ya alam.

Toilet:-

Almaklum kita kan pakai air...BANG GOH pakai tisu??. Jadi toilet2 di sini konsepnya adalah toilet kering. Maka jangan suka suki tinggalkan bekas2 air merata2, lap lah yer..kalau tak akan ada orang panggil cleaner untuk datang lap waktu anda masih berurusan..pikirlah sendiri.

Alamak kalau nak berak camaner? Ha..kenalah kreatif yer...tut...

Shopping:-

Setiap shopping orang kita akan spent masa lama untuk membelek ingredients. Di sini walaupun ada makanan berlabel halal, tapi limited. Kena juga makan makanan tidak berlabel halal, tapi baca dulu supaya tidak terbeli yang mengandungi benda haram.

Makan dan libur:-

Senario 1

Sekumpulan pelajar muslim Malaysia dan Indonesia ke Water World yang glamer itu. Alkisah mereka membawa bekal bertupper2..makan kat bawah pokok ala2 picnic gitu. Esoknya keluar amaran pihak pengurusan "Tidak dibenarkan membawa makanan dari luar, berkuatkuasa 1 July 2009". Hambik kau..maklumler makanan kat cafe bukan buleh dimakan kan? Tak halal Salleh oi...

Itulah serba sedikit perkongsian dari down under. Walaupun hal kecik2 tapi sebenarnya besar. Tentang pertembungan agama, budaya dan bangsa. Ambo juga teringat kata2 Zamri UPPE..kata dia kalo kau kat sana, merasalah nanti macamana menjadi golongan 3rd class. Humm..alhamdulillah ambo tidak merasa perasaan itu, mungkin sebab ambo pelajar PhD kot bukan buruh kasar..hehe bukan takbur. Untuk makluman, pelajar postgrad rata2 adalah foreingner. Dan negara2 obersi sangat mendambakan kedatangan kita ke sini yang menyumbang pendapatan terbesar kepada ekonomi mereka. Jadi tak perlu mendabik dada kalau graduate dari obersi..U kita pun hebat2 juga..UKM, UPM, UITM dll.

Tiada yang special tentang mereka yang kita tidak ada. Bahasa Inggeris bukan juga segalanya. Rusia, Jepun, dan China mendahului science dan teknologi dunia..mereka menggunakan bahasa ibunda mereka. Dalam electronic gadjets jenama international yang ada bahasa Indonesia. Jadi mana lagi "Tidak Melayu Hilang di Dunia"?. Faham2 sajalah..malas nak komen panjang..

Okey...selamat berjuang kepada semua. Berjuang apa saja, confirmation, further study, cari cinta dan jodoh bla bla bla...

2 comments:

The Officers said...

Funny...sebabnya hari tu aku pun ada tanya dekat Zameri macam mana nak melepaskan hajat bila diluar negara. Dan ada seorang member aku tu dia kerja dengan MAS, dia belajar sendiri dengan bawa toilet paper kat rumah. Mana dapat ilham tuh...huarg...huarg...huargh. Alah dekat KL ni pun ada dry toilet tu, terpaksa cari Petronas kalau ada kursus dekat hotel2 yang macam tu.

DrMaya said...

setuju...nasib baik ada bb hotel yg masih ada toilet berpaip..tapi kena carilah, biasanya tersorok sket..heheh