Tuesday, June 16, 2009

SIRI PENYIASATAN ARJUNA: MISTERI LATEKS HITAM

Bukan setakat cerita kat tv je yang misteri dan menyeramkan, kat kebun getah pun banyak misterinya...salah satu ialah cerita dari sabah. sabah, negeri bawah bayu banyak menyimpan rahsia di sebalik kehijauan hutan. dalam perjalanan ke Kota Marudu, rahsia yg pertama ialah makanan yang dimakan seperti sambal belacan tapi takde udang atau seumpamanya. kandungannya adalah terdiri daripada tumbuhan asli tempatan, aromanya sungguh menusuk kalbu sampai boleh menghapus selera makan gitu, bagi orang yang tak biasa termasuklah penulis sendiri.

Beginilah rupanya lateks hitam. Bukannya keluar-keluar je dah hitam tetapi selepas dua jam mengalir....pengoksidaan ke...kurang nutrien ke? atau ada faktor X yang belum dapat dikenalpasti...

Di satu lokasi berdekatan, satu lagi misteri berlaku....panel torehan lain daripada yang lain.corak zig zag lagi. mengikut sumber maklumat tempatan, oleh kerana lateks semakin berkurangan, penoreh ini telah berusaha mencari tapak torehan yang boleh mengeluarkan lebih lateks, maka terciptalah karya seni yang mungkin tidak bernilai kepada orang lain tetapi kepada penoreh, itulah cara untuk mendapatkan $$$$ tanpa ilmu pengetahuan mendalam mengenai getah.

si kecil di atas motor ni memang suka bergambar, maknya pulak sangat segan berada di depan lensa kameraku...sungguhpun segan, dah sembilan orang anak....umurnya...umurnya baru mencecah 40 tahun dan adik nie bukanlah yang bongsu. ada lagi kat rumah....baru setahun..



hensem guy nie pembantu misteri di kebun. walaupun nampak ok secara fizikal, namun dia adalah kanak-kanak istimewa, nama panggilan manja Boy...cita-cita nak jadi polis, usia baru 14 tahun. sangat-sangat berminat dengan peralatan saintifik yang digunakan di sana, semuanya diperhatikan dengan penuh minat.


kumpulan siri siasatan tidak lupa mencoretkan pemandangan gunung kinabalu untuk tatapan pembaca. awan yang membiru memberikan warna ketenangan kepada sesiapa saja yang memandang, ditambah dengan suasana sawah padi yang menghijau....hiruplah udara segar daripada pemandangan ini. lagi baik pergilah bercuti ke Sabah....sambil mendengar alunan muzik Radio Sabah....Bagus Bah!!!

No comments: