Wednesday, February 4, 2009

LINTAS LANGSUNG DARIPADA GENTING CITY OF ENTERTAINMENT

Bersempena dengan mesyuarat bajet 2010-2011, pihak CMU officers’ blog akan membawakan berita-berita terkini dan sensasi daripada Kota Keriangan Genting Highlands bersama dengan koresponden UPT, MAAG. Berikut adalah gossip-gosip terkini yang memanaskan kesejukan kota Genting

RUMUSAN HARI PERTAMA

- Plan untuk RMK 10
- Tak nak projek basic science dimasukkan sebagai projek pembangunan
- Kenapa kita tak boleh spend duit yang telah diperuntukkan

PERKATAAN-PERKATAAN BARU DARI GENTING (BAGI MEREKA YANG TAK PERNAH DENGAR)

BRO –Budget Review Officer
KUKA – Ketua Unit Kewangan dan Akaun

MAAG- Ingat KUKA, teringat KIKI KARMILA

YA ATAU TIDAK (COMFIRM)?

Alhamdullilah, segalanya berjalan lancar bagi ketiga-tiganya. Begitulah yang terkeluar daripada mulut Ketua CMU selain ‘all of you have make me proud’. Cuma report yang diminta perlu disubmit segera bagi mempercepatkan proses comfirmation tersebut.

MAAG: Dengar kata ada officer daripada batch yang sebelumnya masih lagi tidak menghantar report setelah tempoh tiga bulan tamat.

KISAH LIANA

Eksklusif daripada blog CMU officers’ mengenai kolokium yang telah berlangsung semalam. Tanpa disedari member kita ni telah menitiskan air mata semasa ditanya soalan bonus ‘Should we comfirmed you or not?’. Ketika ditanya kepada yang empunya diri kenapa perubahan emosi itu berlaku secara tiba-tiba, Cik Liana ada mengakui emosi tersebut ada dipengaruhi oleh soalan bertubi-tubi megenai statistic daripada Ketua CMU (jangan main-main, takut ketua CMU lepas tu). Tetapi Cik Liana juga menegaskan support yang diberikan oleh KP juga mendorong tak semena-mena air matanya menitis tatkala soalan yang dilontarkan dihujung kolokium agak banyak (dengarnya 8 soalan ). Cik Liana kita juga ada bertegur sapa dengan KP dan TKP semasa bengkel berlangsung dan didapati semuanya OK. Kepada Cik Liana, MAAG secara peribadi rasanya kenal dan tahu tahap emosi Liana, kalau dah tak dapat tahan air mata tu, lepaskan jelah. Nanti sakit mata pulak kan? Kadang-kadang kita perlu menangis dan tak perlu merasa malu terhadapnyanya. Kita kan manusia biasa dan manusia biasa kerap melakukan perkara yang spontan. Sekarang yang penting, tunggu surat tukar KWSP kepada skim pencen, keluarkan duit tu, buat wedding of the year dengan Bebird.

MAAG: Aku sentiasa dalam emosi

Selain daripada itu, tak ada apa-apa yang menarik berlaku. Berdasarkan pemerhatian malam tadi, outfit manager SPKT telah berjaya menarik perhatian koresponden. Dengan jalur hitam putih yang melintang, teringat koresponden terhadap nyamuk-man rancangan Hua…Hua…Hua kelolaan Saiful Apek. Shh…di sini juga wujud perasaan tidak selesa bagi sesetengah orang, cemburu mungkin atau memang tak suka…

2 comments:

vanilla said...

Syahdu dgr cite liana tu..mungkin die x dpt menahan emosinya yang sdikit kacau bilau disebabkan Ketua CMU tu. Tapi xpela dgr cite semua ok je.
Ni nak tanye editor ni budget on-off dah diluluskan ke belum?

The Officers said...

Budget on of mana ni?