Thursday, February 5, 2009

LINTAS LANGSUNG DARIPADA GENTING CITY OF ENTERTAINMENT (HARI KE-2 DAN 3)

HARI KEDUA


Tak banyak yang berlaku pada hari kedua. Delegasi-delegasi sibuk bercerita tentang apa yang berlaku di negeri Perak. Tak kisahlah diceruk mana sekalipun. Isu tersebut adalah perkara utama yang sepatutnya bukan.


MAAG: Orang Perak sendiri pun tak kisah



HARI KETIGA


Banyak perkara yang berlaku pada hari kedua. Antara yang menarik perhatian adalah taklimat yang telah diberikan oleh KUKA.


Apa yang anda perlu tahu:



  • KUKA memohon agar mesyuarat bajet diadakan 3 bulan sekali bagi memastikan bajet yang telah diperuntukkan habis

  • Isu kelambu biotek adalah provokasi utama KUKA sehingga menyebabkan Ketua UB bangun dan menyanggah fakta yang diberikan KUKA mengenai bajet kelambu tersebut.

  • Bajet TARRC adalah berjumlah 4 Billion Pound dan tak habis

  • Pendapatan LGM daripada ses dan sumber-sumber lain adalah berjumlah 51 juta

  • Batasan perbelanjaan bagi LGM pada tahun ini ialah 146 juta

  • Dr. Alias telah membangkitkan mengenai kelemahan UKSK dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur. Jawab UKSK, hantar saja borang permohonan kepada Ketua UKSK.

  • Dr. Amir telah membangkitkan mengenai isu RRIMCORP dimana perkhidmatan yang telah diberikan kepada RRIMCORP selalunya akan menggunakan duit unit vot masing-masing. KUKA memaklumkan, sebarang kerja yang melibatkan RRIMCORP, perlu dicaskan kepada RRIMCORP. Apa yang memeranjatkan RRIMCORP masih lagi tidak membayar dividen kepada LGM. LGMPC walau bagaimanapun telah berbuat demikian.

MAAG: Tidur pakai ubat nyamuk Fumakilla sebab tak mampu nak beli kelambu


MAJLIS MAKAN MALAM


Majlis makan malam telah diadakan di Awana bersempena dengan bajet ini. Semasa blog ini sedang ditulis, acara karaoke masih lagi berlangsung. Penulis sebenarnya tak tahan nak dengar dah. Antara yang menyanyi setakat blog ini dipos ialah:



  • Manager SPKT (Oh Fatimah dan satu lagi lagu 60an)

  • Dr Alias (My Way)

  • Dr Mok dan Mr Quah (Moonriver)

  • Hj Megat (Kugiran di tepi pantai)

  • Syed Nazeri (Mimpi Laila)

  • Shamsul (jurutera) dan selalunya berduet dengan Dr. Fauzi ( Kenangan terindah dan dua lagu lagi rasanya)

  • Bai dan Dr Fauzi (Seiring dan sejalan)

  • Rabiah (Korporat) - Secangkir Madu Merah

  • Juliana (Cinta luar biasa)- ini jer sedap

  • Hj .Sobran (Gadis Melayu)

  • KP and Wife (Words)

Tapi, yang highlightnya ialah daripada Pengarah BKP dengan lagu I just call to say I love you....support. Rasanya ada lagi yang kena perform secara paksa melalui undian sms kepada Sofian. Sebelum naik tadi, nama-nama yang diumumkan adalah Hj Hairul, Dr Faridah, Pn Siti dan mungkinkah MAMS...ya ampun. Anyway...Dr. Nasa hilang selepas makan.


MAAG: Ingat malam ni malam Jumaat, daripada dengar Syed Nazeri nyanyi lagu Yassin baik baca Yassin...tapi tak buat jugak :)

HAPPY BIRTHDAY KP

Esok adalah Birthday KP. Jadi semasa dinner, lampu telah dipadamkan dengan tak semena-mena dan ada kek yang berlilin telah diusung. Ia adalah suprise buat KP dan wifenya telah didatangkan khas untuk menyambut hari jadi tersebut. Tahniah.

MAAG: Bahagia bila diingati...

No comments: