Wednesday, August 5, 2009

DUGAAN KITA BERBEZA-BEZA

Ya...Mega sudah berangkat ke US hari Isnin hari tu. Daripada hari Jumaat 31 hb Julai sampailah hari Ahad 2hb Ogos, Mega ada di pejabat dan MAAG kalau sempat, jenguk-jenguk juga Mega. Last sekali, borak yang panjang adalah pada petang Ahad sebelum Mega ke pergi party Harijadi anak saudara dia. Hari Ahad tu, Mega kata barang dia tak kemas lagi. Untuk melegakan hati dia, MAAG kata semua tu sempat dikemaskan. Banyak benda yang diborakkan, Mega kata macam tak percaya yang dia akan berangkat ke US. Ini kali kedua MAAG dengar orang kata begitu. Kali pertama dengan Maya. Agaknya, sesuatu yang mustahil tu, bila dapat, sesuatu yang magis terasa seluruh badan, agaknya jugak masa tulah kita beria-ia minta dicubit agar tidak hanyut dalam mimpi. Tapi semua yg berlaku sekarang bukan mimpi. Inilah realiti. Hidup perlu diteruskan atas dasar kita sayang diri kita dan kita nak memajukan diri. Moga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.Tak begitu? Tapi macam lagu Whitney Houston ," Waiting to Exhale" , kita akan rasa tenang bila segalanya yang mungkin menjadi bebanan kepada kita berlalu. Banyak contoh yg terdekat, bagi MAAG sendiri, selain daripada Mega, yang nampak gembira dengan perjalanan hidup mereka selepas macam-macam benda yang berlaku contohnya macam Maya dan SS. Mega banyak bercerita ttg keluarga. Mungkin memang itu patut dirisaukan sebagai anak sulung. Macam mana pula dengan kekasih? Suggestion kepada Mat Nor supaya jual jer kereta dan ikut Mega. Tapi memang mahal, pergi balik RM20,000.00. Tapi, bagi MAAG, Mega harus pergi sebab kadang-kadang orang tak tahu menghargai kita. Bila kita tiada, baru mereka sedar. Jangan salah anggap, bukan suruh pergi supaya MAAG pula boleh pergi, tapi dengan harapan bila kita tiada, orang lain dapat berfikir sendiri sebab kita selalu memikirkan tentang orang lain dan yang selalu terjadi, orang tak ingat tentang kita pun (mungkinkah salah seorang daripada orang itu MAAG sendiri). MAAG rasa, Mega faham maksudnya sebab sepanjang kita bersama, memang benda-benda macam ni dah jadi asam garam kita. Lepas hari Ahad tu, hari Isnin pula Mega datang lagi dalam pukul 5 ptg. MAAG nyatakan niat nak pergi hantar Mega di airport. Mega kata tak payah, tapi MAAG kata, tgklah nanti, kalau ada, ada lah saya di airport. Kalau tak ada, tak adalah. Bagi MAAG, Mega tiada sesiapa kat semenanjung yang boleh hantar dekat airport melainkan BF dia. Sekurang-kurangnya ada kawan-kawan yg bagi support untuk itu Maya maafkanlah diri ini yang tak dapat hantar Maya pergi Australia. Tapi bila Maya balik sini untuk bercuti hari tu adalah kelegaan bagi saya sebab nampak macam tak jauh dan Maya masih mampu untuk pulang. Anything happen, insyaAllah, boleh jumpa. Maya kaya jugaklah kan dan AirAsia tu murah juge. Sedih ke tidak Mega pergi US? mahu tak sedih. Yg saya cakap main2 hari Isnin tu, mungkin ada betulnya Mega. Back to the airport story, ingatkan nak gi sorang sebab ajak member dekat Bangi pergi KLIA, dia sibuk. Tup...tup... MHM call, kata nak ikut. OK jugak, bagi aku lagi ramai lagi bagus dan boleh juga bagi direction kat aku. Kami sampai awal di KLIA dan member MAAG hantar sms yang mengatakan hari ini adalah hari bertuah Mega. Bila Mega sampai dan check in, rupa-rupanya member tadi nak tolong untuk upgrade seat ke business class. Tapi Mega kena interview dulu, MAAG pun suruhlah Mega pakai Kot supaya nampaklah macam business woman sikit. Alhamdulliah dia dapat tempat duduk tu tanpa extra charge. At least, itulah yang MAAG dan best crew cabin tu boleh buat bagi memberi keselesaan sepanjang perjalanan. Bila Mega nak masuk ke tempat menunggu, MAAG cuit MHM untuk tinggalkan Mega dengan Mat Nor. MAAG rasa elok tinggalkan mereka berdua, pasti ada benda yang nak diberitahu. Buat Mega, semoga selamat sampai dan segalanya baik disana. Jangan lupa kirim kan khabar melalui blog ini dan maafkan MAAG kalau ada apa-apa yang menyinggung perasaan sebab kadang-kadang MAAG suka buat perangai dan sedar tak MAAG tak minta maaf lagi? Mungkin kata-kata maaf tak terungkap bila mengetahui yang kita kehilangan sesuatu. Satu penafian yang sukar diterima...anyway Good luck dan kalau panjang umur dan murah rezeki, kita jumpa lagi. Dalam tahun ni jer, CMU dah kehilangan 3 pegawai....sigh...




P/s: Hari ini adalah hari kedua Mega di US, masih tiada khabar....


LAIN-LAIN CERITA

- ada skandal di Sg Buloh
- ada orang yang gembira mungkin bertambah-tambah gembira bila Oktober menjelang
- ada orang dilambai Kaabah

2 comments:

DrMaya said...

waa...bestnyer ada org dapat upgrade seat..aku ari tu sebenarnya ada citer yg korang sumer tak tau! haha...

aku terlewat masa ari berangkat gara2 terlalu ramai anak2 kecik nak diurus pagi2, so sejam lagi nak fly aku masih terlangut beratur nak check in (patutnya aku takyah bratur)..jawabnya aku kena tunda penerbangan ke hari esoknya, kena denda RM350 :'(...

sms2 yang masuk sumer aku tak reply pasalnya aku masih kat serdang! sempat balik sbg bestari lagi amik barang wakaka! malamnya aku tak lena tidur siot, rasa macam labu labu hilang akal. ada hikmahnya..rupanya aku belum availablekan ATM kad utuk digunakan di obersei...so malam tu sempatlah wat tu

soknya turun awal2 tapi aku kena bayar RM1500 for 20kg extra baggage! aku tak tau apa yang aku bawak...hu hu..buku2 dan journal satu fail tebal kot...kalu la ada org buleh tulung aku time tu (aku lupa ada captain mahmood)

maka hari ini pecah sudah rahsia ku keh keh keh...neway alhamdulillah mega dah berangkat

The Officers said...

Termasuklah aku yang ada hantar sms kat nko kan?