Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI...

Sebulan dalam setahun, Ramadhan akan muncul memberi peluang kepada kita semua untuk memperbaiki dan mendekatkan diri kepadaNya. Jadi, sebagai peringatan sebab kita digalakkan untuk saling ingat mengingati, berikut adalah perkara-perkara yg kami cuba untuk jaga bagi memastikan pahala puasa kami semua maintain.

SABAR DAN KURANGKAN MARAH:


Sekadar gambar hiasan

Kami cuba untuk bersabar dengan kerenah unit lain terutama sekali unit-unit yg suka memindah-mindah kerja dan juga kepada unit yg selalu bagi panggilan hangit e.g. esok nak datang, hari ini baru nak cakap. Kami juga akan cuba bersabar dengan mereka yg tidak faham dengan keadaan sebenar kami atau kami sendiri tak faham dengan keadaan sebenar yg cuba mereka sampaikan kepada kami.

MENJAGA KESIHATAN KAMI:


Gambar hiasan lagi

Berikutan dengan penularan wabak H1N1, kami semua cuba untuk menjaga kesihatan kami. Kepada sesiapa yg rasa berat badan dah naik (penulis, harap dapat ambil perhatian), diharapkan dapat mengambil kesempatan pada bulan ini untuk menjaga pemakanan sendiri. Buat SN dan SS, please ignore the last sentence sebab anda berdua secara semulajadi akan naik berat dan yg satu lagi tu tidak naik-naik langsung. Kepada member CMU di luar negara, harap dapat jaga diri.

MENGURANGKAN AKTIVITI SOSIAL KAMI:

Ini gambar sebenar (telah diminta ditarik balik, tak sporting...gambar makan jer...)


Ini bukan gambar sebenar sebab telah diedit dan tak ori

Kami juga cuba untuk mengurangkan aktiviti sosial kami macam keluar dengan pasangan masing-masing (penulis hanya ada baju melayu dua pasang dan penulis juga suka pasang kipas) terutamanya buat yang bujang sekiranya ada. Walau bagaimanapun, pergi ke masjid adalah digalakkan, tapi keta asing-asing. Begitu juga kalau ada sesapa nak belanja berbuka puasa ngan sahur, amat kami hargai. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti seperti bowling ngan tgk wayang juga tidak digalakkan (nasib baik dah tgk G.I Joe dgn District 9 minggu lepas).


LAST SEKALI, KAMI JUGA AKAN CUBA UNTUK MENJAGA ADAB KAMI:


Ini pun gambar sebenar

Kami juga cuba untuk jaga mulut (Sg. Buloh kalau tak ada cerita, tak sah), tidak mengganggu ketenteraman jiran tetangga, tidak tertidur waktu office hour (tak cukup rehat 1/2 jam), pasang lagu raya pada hari pertama puasa (penulis punya tabiat), berkonflik, guna oven kat pantri untuk buat kuih raya, membebel tak tentu pasal, excited tak tentu pasal, shopping banyak-banyak kat Kota etc...


Justeru, kami daripada CMU officers' ingin memohon ampun dan maaf dan buat semua "Selamat Menjalani Ibadat Puasa"

No comments: