Hai! dah lama rasanya pulak tak up-date dan hantar pos. Macam-macam benda yang datang. However, thank you to other fellow officer yang sudi hantar pos lain. Jadi rasanya dah tiga minggu tak ada apa-apa sangat, jadi pada hari Isnin (6 Julai 2009)yang lalu...tup...tup AJK Sosial (team SN) telah menganjurkan JAMUAN TAHUNAN UPT. Dalam kesibukan kita, seronok juga berkumpul nih. Jadi masa jamuan tu ada makan sedap-sedap, sesi karaoke dan juga yang paling penting adalah meraikan MAA yang akan ke US dan En Idris yang akan bersara. Berikut adalah gambar-gambar majlis tu...
Menu makan dia, yang best sekali adalah ayam panggang
Kumpulan Budak Kaca Mata Hitam?
Kumpulan Budak Kaca Mata Berkanta?
Barisan depan srikandi UPT (gambar ni aku ambik nih)
Gambar unit
MEMPERKENALKAN...MOHD FAZRI KAMARRUDIN
Ha...dia dah dua minggu kat sini tapi late introduction daa. Nak buat macam stail zaman sekolah dulu-dulu lah, aku rasa Datuk Siti Nurhaliza pun pernah buat macam ni dekat kulit album. MAKLUMAN sekali lagi, aku bukanlah fanatik Siti Nurhaliza tu tapi orang sekeliling aku ramai yang minat, tak sengaja tahu jugak, Ok...sedia ...
F.....Fazri nama diberi
A....Aku (si Fazri ler...) budak Minang (ntah, ye ke? Budak nogori ler...)
Z....Zahirnya berisi (lebih kurang macam orang yang tulih ni jugak lah...kalau nak tahu skala, tengok gambar sebelah menyebelah)
R...Replace Mega
I....Ini jer maklumat yang aku tahu
So...macam biasa, Selamat Datang ke UPT!
No comments:
Post a Comment