Monday, July 6, 2009

LAYANG...SATU KEBUDAYAAN??

Hmmmmm, hot topik jugak buat cmu lately. bukan semua yang 'layang' tu menggembirakan insan, ada pulak yang membawa maksudx2 tertentu...

Kalau main 'layangx2', tu mengingatkan zaman kanakx2 di atas tanah lapang dengan cuaca cerah berangin. Tanda 'layangx2' sering dijumpai di 'ekor' kapal terbang kebangsaan dan melambangkan warisan kesenian. Faedah pulak boleh diperolehi daripada sejenis burung 'layangx2' di mana 'bird nest'nya boleh memberi khasiat kepada kesihatan. Insan kekadang suka me'layang' jugak sehingga mindanya sampai ke down under(???) mahupun dikaitkan dengan seseorang tu asyik termenung jer.

Yang boleh merunsingkan ialah surat terbang atau pun lebih kenal nama glamornyer...surat 'layang'!!! Tak tau mana ia datang (kecuali disiasat sumbernyer)! Tak pasti siapa pengirim sebenar (boleh main tekax2). Hebat kandungannyer (biasalah tu, ada crita sensasi di belakang tabir). Adakah 'makhluk' ni telah lama bermahajalela di cmu (@ perkarangan lgm instead)? Atau pun ia satu 'permainan' sematax2? Or ia telah diterap dalam falsafah warga di sini dan diwarisi turun-temurun? So, mari kita samax2 mengimbas kembali apa ada dengan 'surat layang'! Layar........

1. Apa ada dengan 'surat layang'? (Bukan 'ada apa dengan cinta'! Jangan baca salah, tu me'layang' tau!)
A. Surat rahsia untuk yang tersayang (hanya merekax2 yang ada secret admirer menerimanya)
B. Surat cinta untuk officer bujang (atau yang telah kahwin tapi masih nampak bujang)
C. Surat sulit untuk mengobati perasaan tak puas hati ('hati ku kau guris' kot!)
D. Surat yang boleh terbang macam dalam filem 'Harry Potter' (dah nak tayang!)
E. Semua di atas

2. Bentuk 'surat layang' termasuk
A. Kertas/tisu putih tanpa singnature
B. SMS dengan bahasa rojak
C. Cakapx2 orang tersebar
D. Blog yang direka officer
E. Tiada jawapan tepat

3. Kandungan 'surat layang' ialah
A. Luahan hati yang telah diabaikan selama ni
B. Tuntutan hak asasi insan yang telah dicabuli
C. 'Cinta' terpendam terhadap officer yang terpilih
D. Caci maki @ sindiran yang bukanx2
E. Semua di atas

4. Kewujudan 'surat layang' disebabkan oleh
A. Kek habuan tidak dibahagi sama rata (jeles konon)
B. Officer yang berat sebelah (tangan kiri kanan x sama besar kot)
C. Sajex2, tiada kerja nak buat
D. Officer tu senang sangat kot + hasutan!
E. Semua di atas

5. Pengirim 'surat layang' adalah seseorang yang
A. Tidak waras kerana hati dah sakit
B. Tidak cukup 'makan' kerana beban yang semakin banyak
C. Tidak bertimbang rasa kerana menambahkan kerja officer
D. Sihat kerana ni naluri insan
E. Tiada jawapan tepat

6. Tahap kebenaran sesuatu 'surat layang' ialah
A. Tidak boleh dipercayai langsung
B. Boleh diragui
C. Memang benar 100%
D. None of my business!
E. Tiada jawapan tepat

7. Cara (@carax2) untuk menyelesaikan kehadiran 'surat layang' ialah
A. Adakan kempen "hapuskan 'surat layang'"
B. Kita jumpa di 'mahkamah' nanti
C. Tidak menghirau atau sapu kat bawah permaidani
D. Jangan menyibuk
E. Semua di atas

Tidak kira apa yang dimainx2kan dalam minda masingx2, semua soalan dan jawapan di atas adalah imaginasi dan untuk tatapan sematax2. Rilek lahhhhh

"HIDUPKAN TAMADUN KEBENARAN, HAPUSKAN BUDAYA SURAT LAYANG"

No comments: