Saturday, December 20, 2008

MAJALAH HOI! (HIP...OVER...INTOXICATED...)

HANTAR REPORT COMPETITION (HRP) -3 MORE DAYS TO GO!

Listen up! the HRP is getting more interesting by now. We have prizes to be won! That is right, real prize... or reward, token...etc. So for the first 4 officer that have succesfully sending in their report on 22nd December 2008 will stand a chance to win a t-shirt and a cap courtesy of D'Agro Sdn. Bhd. Interesting enough, there is only 7 of us and that mean 3 peoples are not getting it. It could be anybody including me...LET THE COMPETITION BEGIN!
P/s: YAK and SN already have one set however SN is still eligible to get another one set if she manage to be in the top 4.

SIPUT MAKAN SEALANT
Wakil CMU telah dikejutkan dengan satu paranormal terkini yang melanda negeri Kedah. Menurut wakil koresponden Kedah, sejenis siput (spesis tidak dimaklumkan) sangat meminati sealent G-FLEX dan telah bersungguh-sungguh cuba menghadamnya. Menurut koresponden itu juga, setelah siput itu memakan sealent tersebut, ia akan juga mengeluarkan najis yang macam sealent itu jugak. Wakil koresponden tersebut juga memaklumkan yang najis tersebut apabila dikumpul-kumpul boleh diguna pakai sebagai sealent semula. Hei...ini tak tipu ni, kisah benar punyer. Kami akan cuba untuk mendapatkan gambar siput tersebut pada masa akan datang.
Persoalan berbangkit:

a) Siput ni lapar sangat ke?
b) Boleh tak kita namakan masalah ini sebagai GARY DISEASE (Gary adalah nama siput peliharaan Spongebob)?
c) Kenapa koresponden tu suka main dengan tahi siput?
d) Koresponden tu basuh tangan tak lepas tu?
e) Boleh atau tidak properties najis tersebut diuji oleh downstream?


Gary...kawan Spongebob selain daripada Patrick dan Sandy
TIPS Q&A KOLOKIUM
Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan sekiranya nama tuan/puan disebut ketika sesi kolokium berlangsung terutamanya jika tuan/puan diminta untuk menjawab soalan:
  • Pastikan tuan/puan melontarkan suara dengan jelas. Kalau macam terketar-ketar, tandanya tuan/puan ada melakukan kesalahan ataupun sememangnya tuan/puan menghidap darah gemuruh, itu boleh dimaafkan.
  • Senyum ketika menjawab soalan
  • Bangun dengan cermat semasa hendak menjawab soalan, pastikan buku, pen terutama sekali cermin mata disimpan rapi terlebih dahulu. Elakkan adegan yang tidak diingini seperti peralatan-peralatan yang dinyatakan melayang-layang pada hadirin yang lain daripada berlaku kerana ia juga menunjukkan yang ada udang disebalik mee. Sekiranya tuan/puan menghidap darah gemuruh boleh dimaafkan.
  • Ketika mula menjawab, pastikan siapa crowd anda, jika tiada yang berpangkat tinggi, anda selamat.
  • Salahkan mesin terlebih dahulu, kerana mereka tidak mempunyai peguam.
  • Salahkan budget pula sebab kita tiada duit walau pun majlis makan malam diadakan lebih daripada 10 kali dalam setahun.
  • Bagi pilihan kepada yang lain untuk menggunakan perkhidmatan diluar walaupun kita tahu yang perkhidmatan disini pun berbayar jadi lebih baik awal-awal lagi kita hantar sahaja ke luar.
  • Jika tidak pasti dengan jawapan yang diberikan, anda juga boleh keluar dewan setelah sesi pertama tamat ataupun jangan turun makan dengan yang lain.

Demikianlah tadi tips-tips yang boleh diguna dan tak diguna langsung pun tak apa. Sekadar renungan sahaja berdasarkan situasi seharian kita. Tepuk dada tanya selera...ini mungkin juga boleh terjadi pada diri penulis sendiri so malas nak cakap banyak.

No comments: