Thursday, October 29, 2009

HANYA DI CMU OFFICERS' BLOG...

MAJLIS RESEPSI LIANA

Seperti yang dijanjikan untuk tatapan pengunjung blog. Gambar-gambar majlis akad nikah dan persandingan Nor Liana kita di Cheras (rujuk kad pos blog terdahulu) telah berlangsung dengan meriah dengan tema ungu dan merah jambu. Tahniah Liana sekali lagi daripada kami semua dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Terima kasih kepada jurugambar-jurugambar dan koresponden di majlis berkenaan




Pelamin angan si Liana

Selamat Pengantin Baru!

EKSKLUSIF : TERKINI MEGA DI AMERIKA

Setelah dipujuk-pujuk, dirayu-rayu...akhirnya peluang untuk melihat keadaan Mega disana tercapai. Inilah wajah-wajah Mega yang terkini dan gambar-gambar ni not available in all territories termasuk FB atau e-mel harian anda kecuali satu terlepas ke satu orang yang nama sama sebab tak sengaja. Mega di Amerika rupa-rupanya telah berubah menjadi ke..orenan atau kejinggaan (bergantung kepada resolusi skrin komputer dan laptop masing-masing). Adakah Mega telah mengamalkan gaya hidup Amerikana dengan buat tanning seperti Paris Hilton mahupun Charlize Theron? Setelah diselidik, rupa-rupanya inilah kesan musim panas di mana Mega kita hari-hari berjalan ke kampus. Kesian nyer. Yang sebelah dia tu adalah student daripada India. Gossip...hmm...ini pasti akan membuatkan si dia gelisah alah resah, rindu diamuk sakit rindu (rujuk lagu Fauziah Idris tapi bukan Kak G BKP dan tiada kena mengena dengan yang dekat library tu) dengan Mega kita.



Nota: Mega kini adalah penuntut di University of Tennessee, Knoxville yang nampaknya semakin langsing dengan diet tortilanya telah memberikan komitmen untuk menulis di dalam blog ini. Dia tidak mahu disamakan dengan Kak Pora berita harian mahupun sebagai single lady yang berumur 40 tahun, Carrie dalam Sex in the City yang selalu mengarut tentang kehidupan XX nya bersama 3 rakan yang lain di NY. Nantikan ruangan pojok Mega menjelang musim sejuk nanti. Original...cara Mega dan cabarannya mendepani American dreams.


MY HUMP...MY HUMP...MY...HUMP...CHECK IT OUT!

Mungkin member kita sorang lagi boleh jadi koresponden untuk menerangkan keadaan ini secara fisiologi. Satu pokok di Lismore, New South Wales, Australia telah menjadi tarikan pelancong sebab ada...ermm...nampak macam...erm... ahh...seperti dalam gambarlah. Seksi lah pokok nih...ha...ha...ha...kita di Malaysia ada klon Sharifah Aini...tapi rasanya taklah sehebat pokok kat Aussie ni...


P/s: Kalau pokok ni hilang nutrien, kita tahu dah ke mana. Tak yah buat analisis.
RETRO CMU

Ini adalah gambar SN dengan teman lama (World!). Due to natural cause, sekarang SN taklah sekecil dalam gambar. Gambar diambil semasa pembukaan ladang 1 & 2 di SPKT.


UNDANGAN PERKAHWINAN

Jemputan daripada soon to be Puan Hidayaty. Selamat Pengantin Baru daripada kami di CMU dan semoga kekal hingga ke anak cucu.

P/s: Hujung minggu ni ada penutup sukan KP, harap SS boleh jadi koresponden. Kalau orang lain pergi, karang tak sengaja jumpa 'orang yang kita tak nak kawan, ada dekat sini..' (ayat penuh lagi, padahal aku tak ada kena mengena pun baik daripada mana sekalipun anggapan itu datang)... pulak doh!

No comments: