Sunday, March 8, 2009

MAJALAH HOI ( tak ada tagline kali ni...)

Lihat ler siapa yang menjadi cover girl untuk bulan ini. Siapa yang tak kenal dengan iron lady ni sahih bukan orang LGM. CMU Officers' blog ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir" buat Cik Mega Arjuna Abang dan moga-moga tahun-tahun yang mendatang adalah yang terbaik buat dirimu.... kerana dirimu begitu berharga (LOREAL, Paris).


RETRO CMU

Segmen retro buat julung-julung kali diperkenalkan untuk mengimbas kenangan-kenangan silam. Dan untuk gambar retro yang pertama, kami berikan gambar sambutan hari lahir Cik Mega Arjuna pada tahun 2006. Tak ramai yang ada lagi pada masa tu .Gambar ni diambil oleh MAAG yang pada masa tu blur lagi dengan arah tuju dirinya di LGM (sebab tak comfirm lagi)

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Di kesempatan ini, CMU officers' blog ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. Kepada sesiapa yang ingin mengikuti perarakan serta selawat boleh lah berbuat demikian kerana majlis tersebut ada dianjurkan oleh SPSB.

SELAMAT BERANGKAT KEMBALI NMCH

Buat NMCH, dah dua minggu bercuti. Kini tiba masanya untuk menyambung kembali pelajaran di negeri Mat Saleh. Difahamkan yang flight NMCH adalah pada hari Isnin petang. Selamat belajar, selamat pindah, selamat jumpa pakwe dekat sana dan selamat segalanya. You go girl...

IDEA KENA CANTAS LAGI
Penat meeting, penat bagi idea tapi semua kena cantas lagi. Buat sekian kalinya, untuk pameran MICCOS, management dah buat keputusan. No LITS, yes to history, yes to Jathropa, Ya untuk MAA (boleh jadi singkatan untuk insurans ataupun personel dekat UPT tuh yang tak akan dibebankan lagi) dan boOOooring bagi MAAG. Kalau semua orang setuju dengan pernyataan tersebut, cuba cakap ramai-ramai "tak kuasa dah nak layan".

SEKITAR LAWATAN PENGERUSI LGM

Berikut adalah beberapa gambar lawatan Chairman LGM ke Sg. Buloh. Seperti biasa MAA, jadi tukang explain.




GAMBAR-GAMBAR PEMENANG HRP

Sukanya diaorang. Walau pun dah lama, tapi baru kali ni dapat dikumpulkan semua gambar pemenang dengan hadiah yang dimenangi.





UNINTENTIONALLY JOKE OF THE DAY/LAWAK TAK SENGAJA HARI INI

Bercakap tentang keefisyenan atau pun sebaliknya (telefon dulu/dah lali/terbiasa/terima saja seadanya):

E-mel 1 :
Jemputan Menyertai Pameran Di Persidangan Kebangsaan IKS Bumiputra 2009

Ahmad Suhaime Nordin
Sent: Friday, March 06, 2009 5:27 PM
To: Muhammad Akbar Abdul Ghaffar; Farinie Sharatol Ahmad Shah; Mariyah Ahmad; Salihin Marlizan
cc: Mohd Nasaruddin Mohd Aris, Dr; Fauzi Mohd Som, Dr; Ramli Osman; Fauziah Hj Ab. Rahman; Rabeatun Awalludin

Tuan/puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

Untuk makluman puan, pihak pengurusan telah mengarahkan untuk menyertai pameran tersebut yang akan berlangsung di PWTC. Pameran tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM). Memandangkan penyertaan tersebut di buat pada saat-saat akhir, Seksyen Grafik, UPP ingin memohon jasa baik tuan/puan sebagai ahli Jawatankuasa Pameran LGM dapat membantu menyediakan bahan-bahan keperluan pameran tersebut seperti yang telah di bincangkan melalui telefon sebentar tadi.

Butiran pameran adalah seperti berikut:

Tarikh : 10-11 Mac 2009
Tempat: PWTC
Tarikh pemasangan: 9 Mac 2009 (4.30 Petang)
Tarikh Pemunggahan :11 Mac 2009 (4.30 Petang)

Ini adalah emel kali ke lima, emel sebelumnya mungkin tak sampai, mohon maaf.

Sekian terima kasih

Ahmad Suhaime Nordin
Peg. Senireka
Seksyen Grafik, UPP
Tel:03-9206 2043

E- mel 2
Jemputan Menyertai Pameran Di Persidangan Kebangsaan IKS Bumiputra 2009
Ahmad Suhaime Nordin
Sent: Friday, March 06, 2009 5:32 PM
To: Muhammad Akbar Abdul Ghaffar;Farinie Sharatol Ahmad Shah; Mariyah Ahmad; Salihin Marlizan
cc: Mohd Nasaruddin Mohd Aris, Dr; Fauzi Mohd Som, Dr; Ramli Osman; Fauziah Hj Ab. Rahman; Rabeatun Awalludin

Tuan/puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

Untuk makluman puan, Seksyen Grafik, UPP telah pun menerima bahan-bahan keperluan pameran tersebut. Kerjasama dari tuan/puan semua diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Ahmad Suhaime Nordin
Peg. Senireka
Seksyen Grafik, UPP
Tel:03-9206 2043
E-mel 3

RE: Jemputan Menyertai Pameran Di Persidangan Kebangsaan IKS Bumiputra 2009
Fauzi Mohd Som, Dr
Sent: Friday, March 06, 2009 9:12 PM
To: Ahmad Suhaime Nordin; Muhammad Akbar Abdul Ghaffar;Farinie Sharatol Ahmad Shah; Mariyah Ahmad; Salihin Marlizan
cc: Mohd Nasaruddin Mohd Aris, Dr;Ramli Osman; Fauziah Hj Ab. Rahman; Rabeatun Awalludin

KUANG...KUANG...KUANG...

No comments: