Monday, April 26, 2010

MALAM KARAOKE PANGKOR

Cantik tak gambar kat atas tuh! (promo diri). Gambar lain-lain adalah untuk tatapan member-member FB aku jer. Ha...post kali ini berkisar pasal malam yang penuh dramatik kat Pangkor. Malam karaoke yang betul-betul mendapat sambutan. Bukan senang nak tengok GSS, MHM, SN, KAA, Manikam, Kalyani, Sukumaran etc menyanyi. Keputusan malam tu pun cukup kontroversi, sepatutnya group aku yang menang, tapi dek salah announce, group MHM yang menang. Ini sudah tidak adil! Tapi bagi aku tak jadi hal sebab esoknya group terbaik secara keseluruhan adalah group aku (Kumpulan Signifikan) yang terdiri daripada Nurul, Kalyani, Awie, Sukumaran dan Fairus. Korang memang best! Ini gambar-gambar Pangkor masa malam Karaoke. Dan pada malam itu juga, aku membuat pengumuman yang sedih dan penuh emosi sehinggakan hakim malam itu turut terpengaruh dengan kisah sedih itu dan seterusnya meletakkan group kami ke tempat pertama/kedua. Aku telah menerima surat yang aku tak jadi ditransfer ke Seremban. Dan aku mengambil keputusan untuk announce kan benda tu sebab aku tahu ramai staff yang support aku. Aku dapat surat tu pun hari Rabu lepas. Alhamdullilah dan terima kasih kepada kakitangan CMU yang datang dan terus mengucapkan Selamat Datang Kembali ke CMU...Terima kasih juga buat pegawai-pegawai yang menyokong (especially Dr Zul dan Dr Nasa)

Acara dimulakan dengan makan-makan

Group pertama...kumpulan EGO dengan GSS menyanyikan lagu Seiring dan Sejalan

Group dua, Matahari tapi tak nyanyi pun mana-mana lagu yang berkaitan dengan matahari samada nyanyian Maya mahupun Agnes Monica

Persembahan solo yang ketiga tak silap telah disumbangkan oleh KAA

Group tiga, kumpulan aku! Rambut tu bukan dibuat-buat. Semulajadi ditiup angin Pangkor (Nak beritahu sekali lagi nih...kumpulan nih juara keseluruhan ngan juara karaoke...jeles le tu)

Kumpulan One One dengan lagu patriotik acapella yang macam ... (isilah tempat kosong itu sekiranya anda kejam)

Kumpulan Releven ngan Doa untuk Kekasih (tak ada kena mengena dengan doa Qunut mahupun doa ketika hari hujan dan ribut)

GSS enterframe dengan menghadiahkan bunga raya jer pada Shasha ngan Dilla. Amboi...amboi...amboi...
MHM yang turut menganggotai kumpulan Helang menyanyi/menjerit-jerit/tunjuk perasaan dengan mata yang merah. Takut nko...

Tempat ketiga

Tempat kedua (tapi sepatutnya nombor satu...perasaan tak rambut tu...)

Tempat pertama (sepatutnya kedua...perasan tak tangan tu...ha..ha..ha..)

AJK dengan itik getah masing-masing
Esoknya...

Pagi dimulakan dengan membina menara LGM.Siap juga menara ini setelah penat melangut.

No comments: