Saturday, April 24, 2010

KHABAR DARI DINDING...

Salam Semuanya...

Dah lama tak berblog, dah lama tak ada MAJALAH HOI, dah lama tak ada ucapan-ucapan hari lahir. Mungkin ada yang beranggapan yang CMU officers' blog telah terkubur. Yang nyata...sayapnya patah sikit. BTW, Kiut tak itek tuh...ha..kalau nak tahu, aku telah bertungkus lumus memikirkan hadiah yang nak diberi pada AJK Latihan dan Pembangunan Insan malam nih masa karaoke kat Pangkor. Bukan apa, masa nak beli hadiah tu (termasuk hamper untuk karaoke yang disponsor oleh para pegawainya) penat aku round Giant nak cukupkan barang dengan bajet yg nak dibeli. So...daripada beli mug, aku rasa baik aku beli sesuatu yang ada metafora dan berdasarkan duit gaji yang tinggal pada malam 23hb yg lalu. So...aku belilah itek ini walaupun bebudak kecik kat Giant tu pelik kenapa aku beli itek bebanyak. Simboliknya, anak-anak itek akan sentiasa mengekori ibu itek dan sentiasa nampak bersama. So, aku imagine MHM dgn anak-anak buahnya yg telah gigih untuk mengadakan kem motivasinya yg selama ini CMU tak pernah ada. Atas pengrealisasian tersebut, aku rasa mereka berhak dihargai. Aku cadang nak sebut nama sahaja,tapi sekalikanlah dengan itek getah tu. Itupun kalau sempat malam ni bagi...harapnya sempat. Tahniah MHM dan crew membernya.


Dan di Pangkor semuanya macam berjalan seperti dirancang. GSS, Dr Zul dan Dr Masa yg sepatutnya tak dapat hadir, tiba-tiba berjaya menghadirkan diri. Memang aku terasa syukur sangat sebab diantara officer kita makin kurang program. Dan bila berjaya kumpul semua, ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan especially GSS, I'm glade you made it dan terkini dari Pangkor, hari dah petang, ramai yg ke pantai tapi aku decide dok bilik jer sebab semalam aku kemaruk gila sewa motor dan naik bot sorang-sorang (tapi bot tu ada pemandu dialah), so aku tak teruja sangat nak keluar sebab penat treasure hunt tadi. So, ini lah beberapa keping gambar terkini kami semua di Pangkor.
Hj Zainal yg membaca doa dalam bas
Penampilan solo Ashraf Atruddin dalam CMU officers' blog
Kakitangan-kakitangan CMU yg tengah shopping
Ucapan Dr Masahuling pada malam perasmian
P/s: Malam ni, kalau sempat aku akan ada satu pengumuman. Kalau sempat...

No comments: